Thursday, July 15, 2010

Build Your Website For Free!!

Learn How to Create your own website for free..
Just Click Here..

htta://www.alif.ws/

Belajar Membina Website Secara Percuma

Betulkah Perniagaan Internet ni senang? emm selalu rakan-rakan bertanyakan kepada saya soalan ni. Ha.. ni untuk semua adik-adik saya yang ingin mempelajari membina website secara percuma. Untuk pengetahuan semua ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana hendak membina perniagaan secara Online. Jawapan yang saya berikan senang jer..

Jawapan saya..

Anda Tahu Membina Website?

bagi saya tak semestinya untuk membina website bermakna kita mesti menjalankan perniagaan internet. banyak kegunaan website ni sebenarnya..diantaranya ialah membina website keluarga, website hobi kita, website kenangan semasa sekolah, website berkaitan peristiwa dan sebagainya.

walaubagaimanapun kalau anda ingin mencuba menjalankan perniagaan internet bagi menambahkan pendapatan, ha ni peluang anda. Di sini saya akan kongsikan kepada anda semua bagaimana hendak menjalankan perniagaan internet daripada A hingga Z secara percuma.. saya tak minta bayaran pun walau sesen.. just berkongsi ilmu yang tuhan berikan..

lawati website ringkas saya ni. Apa yang duiperlukan hanya masukkan nama & email anda.. tu jer...ok c ur all..

http://www.alif.ws/

Biar Tuhan Yang Tentukan Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

Ni post saya yang baru sempat saya masukkan setelah sekian lama tak menulis sesuatu dalam blog ni. Baru-baru ni saya menghubungi seorang sahabat yang telah sekian lama menghilangkan diri. Sebenarnya sahabat ni suatu ketika dulu sangat rapat dan sentiasa bersama dengan saya semasa di kolej dahulu. Kebetulan terjumpa semula di dalam facebook setelah sekian lama. Setelah bertanya dan bertukar-tukar cerita barulah saya mengetahui serba sedikit kenapa sahabat saya ni menghilangkan diri selama ini. dari apa yang disampaikan sedih jugalah mendengarkan cerita yang diceritakan kepada saya. Tak perlulah saya ceritakan di sini cukuplah saya katakan ianya melibatkan maruah dan harga diri.. Oh..ya lupa nak bagitau pula... rakan saya tersebut adalah seorang wanita..

Bagi saya apa yang terjadi biarkanlah berlalu.. tak kira apa jua yang pernah dilalui..saya menasihatkan kepada sahabat saya tu agar sentiasa bersabar dengan apa yang dialami dan serahkan kepada Allah untuk menentukan diantara kebenaran dan kepalsuan..

Monday, June 8, 2009

Dua Hari di Kuala Lumpur

18 & 19 mei lepas, saya ke Kuala Lumpur lagi. Pada kali ini, kunjungan saya kesana kerana mengikuti satu kursus arahan majikan yang dianjurkan oleh Positive Event Solutions bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Walaupun ini bukan kali pertama saya ke Kuala Lumpur tetapi kunjungan kali ini sangat indah terasa. Kali terakhir saya ke Kuala Lumpur ialah pada penghujung tahun 2008. Suatu masa dulu saya menghabiskan hampir keseluruhan usia remaja saya di Kuala Lumpur. 15 tahun tinggal di Bandaraya tersebut banyak mengajar saya erti sebuah sebuah kehidupan yang sebenar. Pada kunjungan ini, saya pastinya tidak akan melepaskan peluang mengunjungi tempat yang pernah saya diami suatu ketika dahulu. Kuala Lumpur dan Selangor adalah destinasi saya dan yang pastinya tempat-tempat yang dikunjungi ini pernah memberikan pelbagai cerita nostalgia suka dan duka saya sebagai seorang perantau.

Tuesday, May 26, 2009

Kenangan Terindah


Korang pastinya mempunyai gambar-gambar lama kan..em kalau yang lahir selepas tahun 80an tu semestinya dah guna kamera berwarna untuk rakam gambar kan.. pada zaman saya pula belum ada kamera jenis berwarna lagi.. so sempat lah juga bergambar dengan kamera hitam putih. sebenarnya gambar ni dah lama saya tak pernah tengok.. satu hari masa selongkar stor terjumpa lah pula gambar ni.. yang kepala botak duduk ditengah itulah saya...hehe

Dari kiri; Abang Ati, Saya dan Abang Pito. Gambar Belakang Mak dan Arwah Adik William.

Orang Tua vs Orang Muda

Saya dah tua ker? Takdelah..
orang jer yang kata saya dah tua...
bukti..?
emm..
nak ker?
takpayalah..
ala..takpayalah..
oklah..
ok....
hehehe...
ni buktinyer..

Suatu petang di ODEC..

Hidangan petang Resipi Ketam Penangan Buah Tangan si Azri..


Nilah orang bertanggungjawab selaku Tukang Masak Profesional..

Tengah tunggu si Mastura nih.. lambat giler dia..naik moto ker naik sampan dia nih..

Sampai jer Terus makan..kebuloq ker?


No komen..


Sesi menguburkan Arwah ketam yang dibaham dengan ganasnya..


Pas makan jer terus posing.. dei..makcik pinggan tu sape nak basoh..?


Dah konyang nilah jadinyer..

Lepastu..merajuk..asik tengok matahari je pas kena suroh basuh pinggan..

Yang nih pun sama.. kak kiah.. tu mataharilah..bukan bulan..siang lagi neh..


Budak-budak muda posing..


Budak-budak muda posing lagi..aik budak muda? belakang Ya tu muda lagi ker? hehehe...

muda lagi la..! siap korang! sapa kata tua nanti aku curik hp dia..

Sunday, March 29, 2009

Bila Ayam Berkokok..

Bila Ayam Berkokok, itu tanda waktu sudah pagi. Manusia akan jaga. Bangun dengan pelbagai harapan.. bangun dengan pelbagai impian.. semua nak buat.. tak kira susah senang, tak kira apa jua rintangan. Tapi.. bila dah bangun manusia mula alpa.. Manusia mula lupa. Impian tinggal impian.. kejayaan yang ingin digapai jauh ditinggalkan, malah mungkin telah terbuang jauh di pelusuk dunia. Keluar daripada rumah untuk mencari penghidupan dengan berbekalkan semangat. Namun balik hanya membawa pulang kecewa dan putus asa. seharian berjalanan mencari kebahagiaan. namun ditafsirkan kebahagiaan itu adalah semua. Apa yang nampak indah dimata semuanya bagi manusia adalah kebahagiaan. Bila itu terjadi, jangan berbicara tentang dosa. manusia memang tak suka padanya. pahala? em.. manusia akan kata 'aku semestinya suka padanya' syurga itu nikmat. Neraka itu Azab. Tapi manusia selalu suka azab. Manusia suka derita. Bila ditanya kenapa? manusia kata hidup lama lagi.. nanti petang menjelang bolehla Taubat. Sekarang ni masih pagi.. waktu pagi sejuk.. kena balut tubuh dengan selimut tebal. selimutnya mesti yang mahal-mahal.. harga yang mahal semestinya dibeli dengan duit yang banyak.. Duit yang banyak boleh cari.. sekarangkan Zaman Moden.. Manusia minta Perkhidmatan sebelum tawarkan Perkhidmatan.. (Rasuah) Mestilah dapat duit banyak.. boleh hidup senang lenang.. manusia tak suka orang berkata tentang keburukan diri sendiri.. itu sudah pasti. Tapi bercerita tentang orang lain pula.., paling manusia gemari. Manusia jangan dipanggil Pengumpat. Mereka tak suka..manusia tak suka orang cerita yang jahat-jahat. Maunya semua cerita kena yang baik-baik sahaja.. yang mulia-mulia sahaja.. emm.. biasalah.. cuba tengok pula ini.. manusia selalu iring mayat ke liang kubur.. mungkin saudara seagama dia mati. Tapi cuba tengok sifat manusia lepas itu.. lepas dari kubur singgah cari betina dulu.. bukan susah, tempat nak cari kan banyak.. bersepah betina.. disco, pub, pusat pelacuran kan banyak.. itulah yang sudah jadi kerana dalam diri manusia selalu berkata 'ala.. esok masih ada pagi lagi.., esok ayam akan berkokok lagi.. Hakikatnya Mati itu Pasti! dan.. Manusia tak tahu bila nak Mati!